Pilih, Pilih, Pilih…Naib Presiden | Isa Samad World

“Semoga hari ini memberi satu impak yang besar kepada parti dan keseimbangan antara calon yang berpengalaman serta lama di dalam UMNO seperti Tan Sri Isa Samad akan memberi satu tonik baru kepada UMNO. Pilihlah calon ini untuk rakyat Malaysia.”

Baca di sini: ISA SAMAD WORLD: PILIH PILIH PILIH..NAIB PRESIDEN–isasamad world fan club.

Isa yakin masih popular, Ali berjuang demi Melayu | Kosmo! Online

“Saya fikir peluang nak memenangi jawatan ini lebih kurang sama. Saya pula sudah biasa menang dan biasa kalah. Tambahan pula kini, yang memilih berkali ganda ramainya daripada masa-masa lepas. Daripada lebih kurang 3,000 orang kepada 146,500 perwakilan, ini satu angka yang besar dan terserah kepada perwakilan membuat keputusan.” – Tan Sri Isa Samad

Artikel penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm#ixzz2i52dbymp

Hakcipta terpelihara

Tan Sri Isa Samad berharap undi FELDA untuk menang pemilihan UMNO | The Malaysian Insider

“Semakin hampir pemilihan UMNO, macam-macamlah hendak dibangkitkan,” kata Tan Sri Isa Samad menolak tuduhan skandal ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada masa sama, Tan Sri Isa Samad optimis dengan peluangnya untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO walaupun berdepan dengan banyak nama besar.

“In shaa Allah, peluang itu ada. Tunggu saja hari pemilihan nanti.”

Baca seterusnya di: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isa-samad-berharap-undi-felda-untuk-menang-pemilihan-umno

Prasyarat Kepimipinan Naib Presiden UMNO – Bijak Berdiplomasi

Kemahiran rundingan dan diplomasi menjadi keutamaan bagi seseorang Naib Presiden UMNO. Apa tidaknya, seorang pemimpin parti terbesar di Malaysia sudah pasti ada urusan dan pertemuan satu demi satu dengan delegasi antarabangsa. Sudah pasti menjadi tanggungjawab mereka untuk menjadi wakil negara dan perlu menunjukkan budi bicara tertinggi di meja rundingan dengan diplomat asing.

Penguasaan bahasa Inggeris jangan cakap lah. Itu memang wajib. Mahu ke kita ada seorang yang kita pandang tinggi tapi uh, ahh, emm, ehh bahasa Inggerisnya. Malu oi! Pertuturan yang terhad hanya kepada bahasa Malaysia saja sememangnya tidak memadai dalam dunia global ini dan ini hakikat.

Tolonglah jangan dipersoalkan kepentingan bahasa Inggeris ini. Letih untuk berbahas soal fundamental ini dengan golongan yang berfikiran cetek dan berperangai kampung darat. Naib Presiden mesti fasih dan cekap menggunakan bahasa Inggeris. Tidak dinafikan kesilapan mereka dalam menyusun atau menghuraikan maksud mereka akan menjadikan sesuatu diplomasi antarabangsa itu berakhir dengan kepincangan ditambah rasa malu amat sangat.

Urusan diplomasi ini sebenarnya amat rumit dan memenatkan akal. Tentu sekali pihak barat, terutama British telah lama menyempurnakan kemahiran mereka berdiplomasi. Kalau tidak, masakan mereka mampu kelentong dan auta negara-negara dunia ketiga sewaktu peluasan kuasa imperialisme mereka dahulu. Pada asasnya, terbukti skil berunding mampu meletakkan sesuatu bangsa itu sebagai kuasa besar dunia. Tidak semestinya kekuatan tentera saja. Pemilihan perkataan dan lenggok bahasa dalam berkomunikasi mencerminkan ketinggian budaya sesuatu negara.

Pemimpin kita yang terdahulu terkenal dengan budi bicara, penguasaan bahasa serta etika sosial mereka. Tunku Abdul Rahman yang menjadi kesayangan rakyat Malaysia menjadi contoh terbaik seorang gentlemen atau bahasa Melayunya dipanggil ‘lelaki budiman’. Etika pergaulan, jenaka yang dilontar, ucapan intelek dan bijak, budi bicara serta adab sopan yang tinggi menjadikan beliau disayangi dan disegani oleh semua baik kawan mahu pun lawan. Atas kelebihan inilah juga beliau dipilih sebulat suara oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sebagai presiden dalam hayat beliau.

Yang menjadi pangkal persoalannya adalah, siapakah tiga di antara enam orang calon Naib Presiden yang bakal mengangkat ikrar dan ditabal oleh proses undi untuk duduk di kerusi nombor 3 dalam UMNO? Semuanya terletak di tangan akar umbi untuk memilih siapa yang paling layak dalam kemahiran rundingan dan diplomasi antarabangsa.

Ada dua calon bekas ketua negeri di Semananjung yang dikagumi atas pengalaman dan keyakinan mereka menjalankan diplomasi dan rundingan sepanjang kerjaya politik mereka. Mereka ialah Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam. Kedua-duanya memang veteran perunding dan mempunyai kemampuan serta rekod yang benar-benar teruji dalam menguruskan negeri masing-masing.

Penyandang kerusi langsung tidak setanding dengan pengalaman Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam. Tiada pun di antara mereka yang boleh nak mendabik dada berkata mereka pernah mengeluarkan sebuah negeri daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi moden yang disegani di negara ini. Mana ada penyandang Naib Presiden yang mampu membawa masuk pelaburan asing. Tapi senario ini tidak asing bagi Tan Sri Isa Samad dan Ali Rustam yang pernah mentadbir negeri dan badan gergasi korporat.

Bak kata bidalan, kebolehan berunding datang dengan masa dan kematangan. Orang yang bergantung sangat pada ikatan keluarga dan kekayaan mereka tak layak jadi pemimpin. Kepimpinan dikira atas dasar merit dan pengalaman. Makan garam pun kurang, bagaimana pengikut nak berikan rasa hormat? Orang muda sekarang terlalu gopoh nak berkuasa. Dalam hal memegang kuasa, patutnya diberi kepada yang veteran. Yang muda sabar dan belajar sampai tiba masa mereka nanti.

Kalau kita semua kira daripada sudut diplomasi, Tan Sri Isa Samad dan Ali Rustam tentu sekali calon paling layak nak duduk di kerusi Naib Presiden. Kedua-duanya pahlawan UMNO ini dihormati, disegani dan pada masa yang sama dibenci oleh lawan.

Pemimpin yang nak main kasar, salah guna kuasa tapi nak tujukkan sikap talam dua muka patut ditendang keluar. Nak sorok sikap busuk di era Twitter dan Facebook ini? Jangan harap. Pasti akan ada yang terpecah lubang nanti.

Dengan izin Allah, kebenaran itu pasti timbul, dusta itu pasti hancur.

Espirit de corps must prevail | New Straits Times

“If I’m fit to be the vice-president, then support me. If not, there’s no need for them to give me their support because whatever we do, we do it for the future of the party.” – Tan Sri Isa Samad

Read more at: Espirit de corps must prevail – Columnist – New Straits Times.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

Image

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

“Kita tidak mahu generasi muda mewarisi sebuah parti yang lemah, sebaliknya mereka perlu mentadbir dan mengurus parti yang kuat. Kalau pemimpin lama tiada, bagaimana generasi muda menjadi pemimpin, siapa yang memberi pendedahan kepada mereka?” – Tan Sri Isa Samad